Thursday, August 20, 2009

Latihan bercakap tentang kebesaran ALLAH SWT.

Perkongsian Ilmu

PERINGKAT PERTAMA (BASIC)


ALLAH MENCIPTA HIDUNG

ALLAH MENCIPTA MATA

ALLAH MENCIPTA MULUT

ALLAH MENCIPTA TANGAN

ALLAH MENCIPTA KAKI

ALLAH MENCIPTA TELINGA

ALLAH MENCIPTA KUKU

ALLAH MENCIPTA JARI

PERINGKAT KEDUA

ALLAH TAALA MECIPTA TANGAN, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIPA YANG BOLEH CIPTA TANGAN

ALAH TAALA MENCIPTA KAKI, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENCIPTA KAKI

ALLAH TAALA MENCIPTA MULUT, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH CIPTA MULUT

  • Sentiasalah bercakap tentang kebesaran Allah SWT. Semoga Allah memasukkan HAKIKAT KALIMAH LAILAHAILLALLAH kedalam diri kita kerana HAKIKAT KALIMAH LAILAHAILLALLAH merupakan sifat para sahabat nabi dimana sepuluh dikalangan sahabat-sahabat nabi telah dijamin syurga Allah....

KATA-KATA HIKMAH
daripada Maulana Ibrahim

"Jika apa Allah mahu kita buat,
maka apa kita mahu Allah beri"

AHLAN YA RAMADHAN


Ramadhan bakal menjelma...Dalam masa beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, bulan yang mulia iaitulah bulan Ramadhan. Semoga kita semua lebih bersedia dan menanamkan azam yang baharu untuk menjalani ibadah Rukun Islam ini pada kali ini. Semoga bulan yang mulia ini juga dapat kita ambil peluang untuk mengubah diri kita sendiri menjadi lebih baik dan dikesempatan ini juga kita meningkatkan keimanan kepada Allah swt. Semoga kita dapat tempuhi segala ujian yang melanda dengan penuh kesabaran...
Bulan Ramadha merupakan bulan yang mendidik kita supaya menguatkan iman dengan menahan nafsu daripada melakukan segala kemungkaran. Tidak hanya menahan lapar dan dahaga, malah kita juga perlu menahan nafsu kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah...
Semoga kehadiran Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita mengubah diri kita supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan melakukan sruhan Allah dan meninggalkan kemungkaran.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

(LAGU OLEH: RAIHAN)

-SeLamaT MenYamBut RamdHan Al-MuabaRak-
*agonlania*


Sunday, August 16, 2009

Serangan yang dahsyat!!!


DIA datang lagi!!! Seperti semester yang sudah-sudah, time camni kami akan diserang oleh esaimen2 secara serentak.......(bak taik lembu yang jatuh tu...debok debok).....kakakaka........ Serangan esaimen yang dirancang dan dilancarkan oleh lectureS ni mmg cukup memeningkan. Nak x nak kene buat jugak... Perasaan mase ni mmg x tenteram...resah..gundah...risau..susah hati...huh!!!! Susah nak express melalui kata2....Korunk rase la sendiri.... Memang tension gile. Sampai ade student2 ni yang mulutnye asyik mucung je kes tension esaimen punye psl.... Org panggilpun buat bodoh je..... Aku pun mmg tgh tension gilew...Lam kepala ni duk pikir psl esaimen je. Makan esaimen, Minum esaimen, Berjalan esaimen....Pendek kate segala2nye emsaimen je la ade lam pale ni. "demam Esaimen"......bla...bla....bla....popet..popet...popet....

stress sampai tercabut kepala...hoho

Kelas ganti HARI SABTU???


WANTED!!!
wanita yang telah menipu kami...
selain wanita ni, ad sorang lagi yang namnya CONNIE yang bajet HOT!!!

15 ogos 2009, kelas ganti tuk raya Depavali nanti. HUH!!! sungguh tension. Kelas start kol 8am cam bese. Tension gile. Dah la ikut jadual hari isnin.Mmg pack gilew. Nasib baik x de GERKO. Pagi tu ad PJ, pas tu MATHS, PENDIDKAN. Tengah hari plk RW n petang OA. Dah nak abes kls tu blh plk kene tipu mentah2 oleh JAC n CONIE... B**i tol. Da tgh pnt2 blh tipu lagi yang DR. Tan nk buat kls. Memang bengang gile kat bdk dua org ni. Lau dye laki nk je aku sule B*NT*T dye. HUHHH!!!!






Friday, August 14, 2009

Jubli Emas-Sempena 50 Tahun IPGM Ilmu Khas


Tanggal 13 OGOS 2009.....
Aku x pasti tarikh sebenar genapnye 50 tahun IPGM Ilmu Khas ni. Tapi sambutan perasmiannye pada hari ni. Sambutan ni x la grand sangat la sbb buat kat "swimming Pool" je sbb dewan besar tgh "renovate". Jadi, sambutannya mcm ala kadar je. Majlis start kol 8.30am dengan kehadiran VIP2 iaitu Datin Asariah yang merasmika sambutan ni. Pelbagai aktivit seperti permainan tradisional, persembahan tarian, dikir barat dan banyak lagi. Selain daripada itu, ada juga gerai2 dibuka yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan. Perjalanan majlis ini sedikit tidak tersusun. Aku pun x pasti kenape. Mungkin disebabkan terlalu ramai "KEPALA" yang handle satu2 perkara kot. Tapi majlis tetap berjalan lancar dan berjaya. Kini IPGM Ilmu Khas telah mencapai 50 tahun..... IPG ini juga banyak telah melahirkan atlit2 kebangsaan. KARAM SIGH WALIA juga merupakan salah seorang pelatih institut ini. Beliau merupakan pelatih yang mengambil kursus Pendidikan Jasmani pada satu masa dahulu. HMMM...lst but not least, aku banggal la jadi warga IPGMIK!!!!

Thursday, August 13, 2009

ISRAK MIKRAJ



Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Monday, August 3, 2009

SANTAI2,BODOH,RINGAN2KAN OTAKMU..


>Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.”Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit… “MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...