Tuesday, January 25, 2011

Khidmat lampu Bilik air

lampu bilik air pendek pun masuk lam blog aku...ntah ape aku nak tulis...padahal benda alah tu dah rosak...kirenye nak tulis psl penghujung hayat dye ni la kot..gamaknye la...

bilik air umh sewa warne coklat aku ni dah rosak teruk...mula2 ade bunyi ala2 generator kat pasar malam da..tapi nyalaan dye cantik cek mek molek lagi boleh menerangi segenap ruang tubuh badan semasa mandi..

tapi skrg langsung x nak nyale dah..lau nak nyalakan pn kene ketuk2 bhagian starter dye tu ngn batang penyapu buluh dapur...tap3! ketok baru la nyale...lau x, kencing berak lam gelap la kau!silap2 ley tersembur ke dinding taik...huh..

cantik gambar ni...bijak pale otak orang utan ni!

da try begayut macam babun bontot pink kat bumbong hampir stgh jam sbb nak tukar perumah baru, tapi ketat la plak skru dye..da mcm kene gam ngn gam spiderman je...sampai rosak bunge2 cinta skru tu kene kerjekan...kene gune BOSCH baru buleh kot...x pon gune taktik orang utan kat kg buluh..pukul je ngn kayu besbol secara membabi buta bia rosak x leh gune langsung....bia padan muke lampu tu...


***esok ak nak panggil dye orang ni dtg repair lampu pendaflour bilik air tu...Auuwww!!!

Monday, January 24, 2011

Contest Foto Kiut ^_^

aku jumpe contest ni mase aku belogwalking kat belog DIA ni...ntah mcm mne plak aku ley terjoin contest ni...harap2 aku menang...!haha



dan ini gambar tuk diperjuangkan di medan kali ini:



ni ialah gambar anak sedare aku...aku penah letak gambar ni kat post sebelom ni...gambar ni dah di edit...harap2 pengadil x kesah kot....email kat bawah tu email aku la tu..

Petang semalam di Ibu Kota

Woi...macam seruis sgt la plak tajuk post kau ni...hehe..tapi lantak lah tajuknye mencarut apepun, yang penting isi lemak tepu dalamnye tu kan...

sedang aku enak tido lam hujan petang tadi, tibe2 telepon sony ericson aku yg lembab lagi lampi tu di col oleh muni. ajak aku kua g bank Islam,bank yang suci lagi murni...

aku pun laju je cakap okeyh tande setuju...hohohoho.

mmg sonok kua jalan2...
tapi yang x sonoknye ade jugak pekare malang yang kurang berbau smalam...

time nak trun tu tibe2 plak hujan turun dengan ayunye mencurah-curah ke ladang gandum jadi lah kokokranch...!tunggu la aku hujan tu sampai berenti...
da brenti ujan baru lah gerak...

smpai kat depan bank islam tu (area sogo) aku tunggu muni kat parking lot je sbb tunggu moto takut2 la ade penjenayah yang jahat lagi kejam curi moto member aku tuh...

tunggu punye tunggu kat situ tetibe ade satu benda putih cantik punye landing kat tali beg aku..dgn sopan dan penuh kesantunan, aku sentuh la cairan tu (tapi x hidu la...)...teliti punye teliti rupe2nye taik burung....hohoho...tibe2 rase diri ni terhine macam kene caci maki oleh mak besah sebalah umah aku kat kg tu...
kalau la dapat kat aku burung yg berani berak kat aku tuh, time tu jugak aku hiris bontot dye halus2 idup...kasi dye cacat...baru dye taw..haha..

lepas bersihkan taik tadi yakni kesat2 kat bangunan sebelah aku bediri sambil mulut terkumat kamik bace matera supaya bontot burung tu jadi merah macam bontot beruk, aku terus tuju ke time square laju2...

x abes kat situ, tanpa aku sedari sisa2 taik tadi upenye masih mekar lagi kat jari aku...sampai kat TS baru ak sedar plak tu...siap dah kering taik tadi sbb kena angin bayu petang kuala lumpur......huhahuhahu...


tapi nasib baik la x jadi macam budak ni...

adoiii.....


Sunday, January 23, 2011

Hal part time jobs

Hmmm...lame aku x update belog ni ngn hasil taipan jari-jari kurus aku ni....ade pon entry cume kopi N pes je dr belog orang lain je...ntah org tu kasi ke x aku pn x taw...harap2 dye halal orintedkan lah pe yang ak copy tu..lau dye nak haramkan jgak nak wat cam ne...buat2 mcm lembu kenyang je la...nguyah2 bawah pokok time tgh hari lepas kena baling ngn kasut tumit tinggi sbb berak dpn tangga umh jiran....


cite pasal part time ni ak jd sebak plak...mcm2 keja ak da wat sbb nak sara tubuh badan ak yang sllim river ni...kdg2 keja katering...start pagi sampai la petang menjelang senja merangkap maghrib baru la balik...tu baru balik, sampai umh menjelang jatuh terbenamnye seluruh matahari...adoi...da la penat gile babi..kerbau yang pajak sawah padi pn x sepenat yg aku rase ni (kot2 la..)... hari ujung minggu ak abes dgn aktiviti ni je...ni sume salah elaun..lembab!!! mcm line internet kat hujung kampung sebelah sane!huh..


tadi plak ak keja kat kedai cd...letak tag harge kat cd2 yg berkurun lamenye x laku2 mcm pelacur tua murahan tu...dari harge asal 1 cd tu rm20 lebih, tut-tut sampia rm5 jadiknye...mane maruah dan harge diri cd ni aku pun x taw..mgkin sbb cite biase2 je kot..xde 18sx...cube bagi cd lucah yg ade aksi bogel2 ding-ding-ding tu...cepat je abes kot...keje aku senang je..amik cd2 yang x de harge diri td tu, koyakkan pembalut asal dye dengan ganasnye ala2 perogol yang tengah koyakkan baju mangsa dye...(macam ni..)


pas tu tampal la harge murahan td n last skali masukkan balik lam pembalut cd baru dgn penuh hemat dan cermat macam bawak moto depan polis berpangkat sarjen misai...x ley pandang kiri kanan..pandang depan je...lau nak tgk sebelah pn kene jeling je...ape yg penting dalam keja ni adalah kepantasan sbb setiap cd yang di bereskan tu ade nilai tarik pesona dye tersendiri..gaji pun ikut bilangan cd yg beres tu...bukan ikut jam randik tokey dye...jugak bukan ikut jam swatch rahimi ye...



tapi, lam kepenatan membating tulang, ak tetap bersyukur sepenuh jiwa raga anyaman buluh ngn nikmat yang Allah kasi kat ak ni..stakat ni x penah lagi ak x makan sbb x de duit (x makan sebab member aku kedekut x nak share ade la...)..Alhamdulillah Ya Allah...
muge2 rezeki ak lebah murah lagi lps ni..lagi murah dari harge cd2 yang ak kerjakan td..amin...Muge bahagie...

Saturday, January 22, 2011

Putus Cinta.? Anda Perlu Baca Entri Ini.

Hahaha..hehehehe...huhuhuh..hohohohoho....
aku jumpa post ni kat sini dan aku ambik lalu aku postkan sbgai entry aku dengan halal (dah mintak izih. dia kasi ke x xtaw la...)


Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.



Untuk entri ini, aku buat untuk keadaan di mana apabila anda putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi. Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.

Si dia sudah tidak kembali kepada anda.. Anda kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?

Jadi kali ini aku bawakan beberapa point dari pendapat dan pandangan aku sendiri. Jika anda ada pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.

Berikut point² yang aku pikirkan.



1. Simpan sementara gambar si dia

Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. Tetapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual. apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?

Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda. Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok, dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.


2. Jangan dengar/menyanyi lagu jiwang

Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.

Mungkin bagi anda itu untuk meluahkan kepedihan dalam diri anda, tetapi sebenarnya apa yang anda dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi anda. Dan percaya atau tidak, jika sebelum putus cinta anda tidak begitu kisah dengan lirik lagu, tetapi apabila putus cinta anda begitu mengambil berat dengan lirik lagu.

3. Cari kawan yang berlainan jantina

Cari kawan berlainan jantina, ataupun jika sudah ada lagi bagus. Cari kawan, bukan mencari pengganti dirinya. Anda boleh cari pengganti si dia jika hubungan anda sudah lam terputus, tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang anda rasa. Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantina.

Kadang ada yang tersilap terlalu awal untuk menerima orang lain dalamm hidup selepas terputus hubungan. Dapat cepat menjalin hubungan selepas putus cinta, bukan menunjukkan anda power, tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati anda. Anda boleh tersilap pilihan jika pilihan yang anda buat adalah berdasarkan emosi, bukan pikiran anda dalam keadaan stabil.
Jadi jika anda baru putus cinta, cari kawan yang berlainan jantina untuk anda luahkan apa yang terbuku di hati anda.


4. Think : Dia bukan untuk aku..

Si dia curang, anda baik. Secara logiknya adakah si dia layak untuk anda.?. Tidak.
Peluang boleh diberi, setiap orang layak di beri peluang termasuk diri anda. Tetapi jika pasangan anda sudah curang, contohnya hingga melakukan hubungan seks dengan orang lain. Adakah anda pikir dia layak untuk anda.?

Kerana, jika seseorang pernah curang, pasangan yang akan bersamanya akan mengingati apa yang telah dilakukan olehnya sehingga akhir hayatnya. Lagi² kalau curang hingga melibatkan hubungan badan. Jadi pikir, jika dia dari awal² lagi sudah begitu, adakah anda hendak bersamanya.?


5. This is your life.

Inilah hidup anda. Hadapinya. Anda tidak boleh pikir hidup anda sentiasa seronok, gembira. Anda tahu hidup kita seperti roda, anda kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Anda pernah berada di atas, dan sekarang adalah masa anda untuk berada di bawah.

Anda pikir keadaan anda teruk? Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang anda hadapai, putus cinta. Ada yang dipukul, ada yang disimbah asid, ada yang dikurung,. Tetapi ramai sahaja daripada mereka yang bangkit untuk jadi orang yang bagus.

Jadi anda putus cinta, anda hendak menyesali hidup anda.? NO.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu anda hadapi..
Jika anda berjaya harungi salah satu cabaran hidup ini, anda sudah boleh katakan kepada diri anda, anda memang tahu untuk kendalikan hidup anda sendiri.

-------------------------------

Apabila putus cinta, antara perasaan yang anda akan hadapi adalah anda akan rasa berdendam. Bukan setakat berdendam kepada si dia, tetapi anda akan berasa berdendam kepada semua orang yang sejantina dengannya.. Perasaan itu boleh aku katakan 'normal' pada mulanya kerana kita adalah manusia, tetapi jangan terus terbawa-bawa dengan perasaan anda itu.

Tidak kira lelaki atau perempuan, perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. Yang penting bagaimana anda uruskan perasaan dan diri anda. Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai anda. Suatu hari anda akan jumpa seseorang yang akan menghargai anda seperti mana anda pernah menghargai orang lain. What goes around, comes around.

Masa akan menentukannya.
This is your life.
Hadapinya..

Friday, January 21, 2011

Kahak Hijau

Khhhhhhhtuhii.....!!!!(meludah2)
KHhhhtuhiiiii3x!!!!

Khhhhhhhhtuhiiiiiiiiiiiiiii......!!!!!
kahak hijau!!!

pegi ko kahak!!pegi...!
pegi main jauh2..
jgn ko ganggu anak tekak aku....!

KHHHHHHHHTTTTTTUUUUHHHHHIIIII....!




Thursday, January 20, 2011

Tiada lagi penyembuh rindu

MUNGKIN......

tiada lagi penyembuh rindu...

tiada kedengaran merdu suaranya...

tiada lagi gelak tawa bersama...

tiada lagi manis senyumnya...

tak dapat aku melihat riak wajah ayunya...

tiada lagi saat-saat manis bersamanya...



TETAPI....

***aku masih sayang dan merindu***


Hmmmm......

Wednesday, January 19, 2011

Video Youtube

Saturday, January 15, 2011

Hilangnya cintamu


***Mood sedih, dukacite, berdukalara serta kecewa....[16 Januari 2011]

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Sesungguhnya aku percaya bahawa rezeki, jodoh, ajal n maut tu, Allah telah tetapkan sebelum seseorang itu lahir lagi...semoga ape yang berlaku ini adalah dengan kehendak dan redha dariNYA....andai jodohku memang ditetapkan dengan dia, Insyaallah, aku pecaye Alah akan temukan kami semula satu hari nanti..Amin~

Jika Selipar Jepunmu Putus

***Tertarik ngn Tips ni, tergerak hati aku nak copy...artikel ni ak amik dari SINI.sungguh menjimatkan!

Photobucket

Tak pastilah lah tip ni adalah relevan atau tidak dengan korang. Ini kerana orang kita sekarang jarang yang pakai selipar jepun. Orang sekarang dah pakai sandal atau pun pakai crocs selain dari memakai kasut.

Tempat paling selalu kita jumpa selipar Jepun ini ialah dalam toilet. Padan muka orang Jepun hoho. Memang sesuai sangat kerana seliapar Jepun ni waterproof.

Namun begitu tak kurang ramai juga yang menyimpan selipar jepun ni di ofis atau dalam kereta untuk di bawa ke masjid. Pelik tapi benar, kita memakai kasut yang mahal-mahal ketika berjalan dan ke tempat kerja tetapi kalau ke masjid kita bawa alas kaki paling murah sekali. Nak buat macamana, salah segelintir orang kita juga yang suka merembat kasut mahal di masjid.

Kalau dah terlupa, saya pernah membuat artikel tip-tip supaya sandal tak hilang di masjid dulu.link .:)

Kali ni ialah tip dan trick pula jikalau selipar jepun anda putus di tengah jalan. Kira semasa emergency case la, kalau tak jenuh nak mengheret selipar putus.


Photobucket

1. Ambil straw minuman. Kutiplah kat mana-mana kalau dah terdesak.

Photobucket

2. Lipat dua camnih:

Photobucket

3. Ikat seperti di bawah

Photobucket

Photobucket

4. Masukkan dalam lubang

Photobucket

Photobucket

5. Ikat straw camni:

Photobucket

6. Kalau nak lagi stylo, masukkan straw yang warna kontra. Orang Kedah mesti suka ni

Photobucket

7. Pergi ke kedai kasut dan beli sandal baru..

Sorry, salah gambar..

Random Things About Me

Hmmm..tQ to arep kerna telah mengomen enrt aku. aku sbnarnye x di tag pon tuk benda ni, tp bile si arep ni da tinggalkan email dye tuk entry dye yang
berkaitan ngn ni, aku phm la sbb kat bwh entry dye tu ade tulis :
""ehem :P nak tagged sape nih ek! ayoii@ ramai la plak@ senang buat macam eden la@ once u dah baca entry nih@korang dah dikira macam ditag la! hoho :P""

Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

  • aku suke tido tapi kaki tido.
  • aku suke jalan2, naik moto, naik keta dan naik bus.
  • aku suke bercakap dengan orang.
  • aku suke tengok cite melayu.
  • aku suke tengok orang.
  • aku suke tengok Muiz buat lawak.mmg menjadi.
  • aku suke g bukit bintang pada malam minggu.
  • aku suke outing midnight.
  • aku suke pakai jeans.
  • aku suke dengar THR gegar di mana saje aku berada.
  • aku suke surfing internet.
  • suke ambik gambo dan edit gambo2 itu.
  • aku suke tengok dan dengar je.
  • dengar orang2 lame bercakap, aku suke.
  • dengar lagu melayu, aku suke.
  • suke bernyanyi dalam bilik mandi sebab bergema skit2.mcm ade mic plk.
  • aku x suke bermesej tepon/atau ape saje bentuk mesej.
  • aku x suke tengok cite selain cite melayu kat pawagam sbb susah nak phm n kene bace subtitle dye tu.
  • aku x suke duduk sorang2 lame2.
  • aku x suke download pape.
  • aku x suke tunggu elaun masuk.lambat!
  • aku x suke g kenduri.tapi kerja katering x pe...
  • aku malas mandi.
  • suke makan kuih2 tradisional.
  • last sekali, aku paling suke bile kelas xde, batal dan cancel....
Adoyai..penat menaip..
skrg aku nak tag:


dan kepada sesape yang bace entry ni, kamu secara automatiknye di tag!!!

SEKIAN...PEACE!!!





Thursday, January 13, 2011

Ragam Bakal Guru


Hmm...
masuk sem 3 ni secara "gear automatik'nye aku kene ambik Gerko (Unit b'unipom)
dengan segala hormatnye aku dah pilih Kadet Remaja Sekolah (KRS) sebagai pilihan petame..
jadi dapatlah aku dengan pilihan petame aku tu...dan bersuka ria la aku bile pilihan pertame aku diluluskan... (petame kali tu..sebelum ni kalau mintak ape2 mesti dapat ape yang aku x mintak....)
bile da dapat, datang tetibe (dengan sopan) datang satu masalah kat aku yaitu kene beli Unipom dye tu..


name dye Uniform 14 (kalau x silap la...)
kalau seringgit dua tu aku x kisah sangat. ni seratus dua..tu yang aku jadi kisah dan jadi masaelah kat aku..
mane nak cakau duit mase ni..
da la elaun pun belum menampakkan tanda akan masuk ek akaun aku..adoiyai...
nak keja nanti kene caj langgar pejanjian pulak....
tapi kalau x keja macam mane nak dapat duit nak beli Unipom tu kan...
nak mitak ngn ibu bapa yang tercinta ke???
Adoiyai...penim2~

Wednesday, January 12, 2011

Ada Bakat Ke?

Hmm...da hampir 2 ari x update blog ak ni.tadi balik dari paso malam singgah kat umh member ak, tengok dye duk main gitar...tetibe rase macam best lau pandai main gitar..

walaupun jari2 aku ni keras mcm kayu skit, tapi aku rase mcm nak blaja main gitar plak...

dah beberape kali ak cube blaja main gitar sbnrnye, tapi x penah jadi pandai main. x taw laape masalahnye, ak x pandai2..hehehe.mungkin bakat tu x de kot....ade x sesape yg sudi dgn rela hati nak ajar ak ha?

lau ade PM je aku nanti..free dah la k..hehe



Lirik Lagu Bila Cinta – by Gio

Am

Bila cinta kini

Dm

Tak lagi bermakna

G

Yang ku rasa kini

C

Hanyalah nestapa

Dm E Am

Ditinggalkan cinta masa lalu

Am

Dulu kau tawarkan

Dm

Manisnya janjimu

G

Yang ku sambut itu

C

Dengan segenap hatiku

Dm E

Hingga engkau pergi

Am

Tinggalkanku


Chorus

N.C Dm

Hilangnya cintamu

G C

Menusuk hatiku

F Dm

Hinggaku memilih

E Am

Cinta yang fana


Am Dm

Perginya dirimu

G C

merobek jantungku

F Dm

Hingga ku terjatuh

E Am

Dalam harapan

Am

Ku sebut namamu

Dm

Di setiap doaku

G C

Bangkitkan setiap kenangan tentangmu

Dm E Am

Yang ku dapat hanyalah bayang mu

Repeat Chorus

*N.C- No Chord

Monday, January 10, 2011

Pagi semalam di Broga Hill

[Oktober 2010]
Da lame aku dgr2 cite pasal benda ni..ramai orang duk cakap2, bawa mulut pasal ni...Broga..broga..broga..naek menyampeh ak dgr. Skali tgk gambo mereka2 yang da tawan..Fuhhh!!! cantik gile..ptut la org duk bawak mulut sgt...

(2 Minggu kemudian.........)

aku dan member2 pn menuju ke sane...mmg cantik gile...x paus sekali, ak g lagi untuk kali kedua x lame selapas lawatan petame tadi..stakat ni da 2 ali la kirenye...(ntah pape la keterangan aku..huhuhuhu)
tengok je la gambo2 ni...


Ni lah sume yang terlibat....








Buaian untuk Photoshoot penikahan Sheikh Muzapar
***dengar citenye**






Pemandangan dari puncak Broga...

Ni lah puncak dye pada ketinggian **** dari paras laut...

Pesanan dan Saranan: Kepada pencinta2 alam dan mereka yang "green eyes", silalah, jemputlah ke sane..tiada lain akan kamu temui melainkan keindahan mata memandang, ketenangan hati dan ketetenteraman jiwa yang mendalam....

Kearah ini juga, kita akan lebih mensyukuri nikmat dan mengagumi ciptaan Allah SWT.

SUBHANALLAH~

***Sebahagian dari gambar2 ni diambil dari:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...