Tuesday, February 15, 2011

PUNCANYA PERANGKAP TIKUS

CITER NI AKU COPY DARI SATU BELOG

sekilas MEMOIR...

....MACAM NI CITE DYE:


Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam,"Hmmm... makanan apa lagi yang di bawa mereka dari pasar agaknya?". Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang Tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!"

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata,"Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui Sang Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku." Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?" Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular tersebut yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
Wallahu a'lam.

Masa, Seorang Anak Kecil dan Bapaknya-RM10

Kali ni aku nak citer satu kisah menarik aku copy dari facebok.....Macam ni cite nye: 


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata;

“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.


Moral

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

Sunday, February 6, 2011

SIBUK

OhoooooooooHoi......Cek Mek Molek woi...!!
Lame x Update Belog ni...Sibuk3x!!! Tahap Cek Mek Molek..Ohoi Cek Mek Sibuk..Ohoi Cek Mek Sibuk..!Dishhhh!

Aku sibuk sebab elaun tak masuk2...(Hari tu la..)

Aku sibuk g jalan2 sampai broga sane...!

Aku sibuk sebab peristiwa hitam itu..(ape peristiwa hitam tu x yah cite la...Malas!)

Aku sibuk balik kampung ke hulu dan ke hilir sungai...!

Aku sibuk g Kelinik Mohd Sulaiman....!

Aku sibuk g ambik tiket kat rumah Muniyandi...!

Aku sibuk....!!!

Sibuk Woi...!!!

Sibuk macam semut...!

Pas ni sibuk Esaimen..Sibuk Woi...!!!!


SIbuk sibuk SiBuk sibuk sIBUk sibuk SIBUK!!

jadi x sempat nak update belog...Balik kampung pun x sempat beli barang...Keropok je sempat.tu pun lepas bergaduh ngan akak jual keropok yang marah kat aku sebab aku x beratur..


"Woi!!x reti bertur ke!!!huh...!"
hahaha..padan muke aku!!

"Woi3!ko tahu x, kawan kite kena tangkap basah baru ni!!!!da kawen da pon..."
Adoi..ade pulak sorang kawan aku datang bawak mulut baru ni...asal nye datang nak beli rokok je..tibe2 dye bukak mulut busuk jenis lubang jamban cite pasal tu.....Padahal aku da nak masuk keta nak g terminal bas da mase tu...sempat lagi dye sebar cerita kedai kopi ni....Aku x suke woi dan bukan salah aku woi!!!


Kesimpulannya, nilailah sendiri woi!!!

*******************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...