Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada semua....
Diharapkan, di lebaran ini memberikan peluang untuk kita sama2 bermaaf-maafan sesama kita...
Selamat hari raya, Maaf Zahir Dan Batin...

Thursday, August 20, 2009

Latihan bercakap tentang kebesaran ALLAH SWT.

Perkongsian Ilmu

PERINGKAT PERTAMA (BASIC)


ALLAH MENCIPTA HIDUNG

ALLAH MENCIPTA MATA

ALLAH MENCIPTA MULUT

ALLAH MENCIPTA TANGAN

ALLAH MENCIPTA KAKI

ALLAH MENCIPTA TELINGA

ALLAH MENCIPTA KUKU

ALLAH MENCIPTA JARI

PERINGKAT KEDUA

ALLAH TAALA MECIPTA TANGAN, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIPA YANG BOLEH CIPTA TANGAN

ALAH TAALA MENCIPTA KAKI, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENCIPTA KAKI

ALLAH TAALA MENCIPTA MULUT, SELAIN DARIPADA ALLAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH CIPTA MULUT

  • Sentiasalah bercakap tentang kebesaran Allah SWT. Semoga Allah memasukkan HAKIKAT KALIMAH LAILAHAILLALLAH kedalam diri kita kerana HAKIKAT KALIMAH LAILAHAILLALLAH merupakan sifat para sahabat nabi dimana sepuluh dikalangan sahabat-sahabat nabi telah dijamin syurga Allah....

KATA-KATA HIKMAH
daripada Maulana Ibrahim

"Jika apa Allah mahu kita buat,
maka apa kita mahu Allah beri"

AHLAN YA RAMADHAN


Ramadhan bakal menjelma...Dalam masa beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, bulan yang mulia iaitulah bulan Ramadhan. Semoga kita semua lebih bersedia dan menanamkan azam yang baharu untuk menjalani ibadah Rukun Islam ini pada kali ini. Semoga bulan yang mulia ini juga dapat kita ambil peluang untuk mengubah diri kita sendiri menjadi lebih baik dan dikesempatan ini juga kita meningkatkan keimanan kepada Allah swt. Semoga kita dapat tempuhi segala ujian yang melanda dengan penuh kesabaran...
Bulan Ramadha merupakan bulan yang mendidik kita supaya menguatkan iman dengan menahan nafsu daripada melakukan segala kemungkaran. Tidak hanya menahan lapar dan dahaga, malah kita juga perlu menahan nafsu kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah...
Semoga kehadiran Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita mengubah diri kita supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan melakukan sruhan Allah dan meninggalkan kemungkaran.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

(LAGU OLEH: RAIHAN)

-SeLamaT MenYamBut RamdHan Al-MuabaRak-
*agonlania*


Sunday, August 16, 2009

Serangan yang dahsyat!!!


DIA datang lagi!!! Seperti semester yang sudah-sudah, time camni kami akan diserang oleh esaimen2 secara serentak.......(bak taik lembu yang jatuh tu...debok debok).....kakakaka........ Serangan esaimen yang dirancang dan dilancarkan oleh lectureS ni mmg cukup memeningkan. Nak x nak kene buat jugak... Perasaan mase ni mmg x tenteram...resah..gundah...risau..susah hati...huh!!!! Susah nak express melalui kata2....Korunk rase la sendiri.... Memang tension gile. Sampai ade student2 ni yang mulutnye asyik mucung je kes tension esaimen punye psl.... Org panggilpun buat bodoh je..... Aku pun mmg tgh tension gilew...Lam kepala ni duk pikir psl esaimen je. Makan esaimen, Minum esaimen, Berjalan esaimen....Pendek kate segala2nye emsaimen je la ade lam pale ni. "demam Esaimen"......bla...bla....bla....popet..popet...popet....

stress sampai tercabut kepala...hoho

Kelas ganti HARI SABTU???


WANTED!!!
wanita yang telah menipu kami...
selain wanita ni, ad sorang lagi yang namnya CONNIE yang bajet HOT!!!

15 ogos 2009, kelas ganti tuk raya Depavali nanti. HUH!!! sungguh tension. Kelas start kol 8am cam bese. Tension gile. Dah la ikut jadual hari isnin.Mmg pack gilew. Nasib baik x de GERKO. Pagi tu ad PJ, pas tu MATHS, PENDIDKAN. Tengah hari plk RW n petang OA. Dah nak abes kls tu blh plk kene tipu mentah2 oleh JAC n CONIE... B**i tol. Da tgh pnt2 blh tipu lagi yang DR. Tan nk buat kls. Memang bengang gile kat bdk dua org ni. Lau dye laki nk je aku sule B*NT*T dye. HUHHH!!!!






Friday, August 14, 2009

Jubli Emas-Sempena 50 Tahun IPGM Ilmu Khas


Tanggal 13 OGOS 2009.....
Aku x pasti tarikh sebenar genapnye 50 tahun IPGM Ilmu Khas ni. Tapi sambutan perasmiannye pada hari ni. Sambutan ni x la grand sangat la sbb buat kat "swimming Pool" je sbb dewan besar tgh "renovate". Jadi, sambutannya mcm ala kadar je. Majlis start kol 8.30am dengan kehadiran VIP2 iaitu Datin Asariah yang merasmika sambutan ni. Pelbagai aktivit seperti permainan tradisional, persembahan tarian, dikir barat dan banyak lagi. Selain daripada itu, ada juga gerai2 dibuka yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan. Perjalanan majlis ini sedikit tidak tersusun. Aku pun x pasti kenape. Mungkin disebabkan terlalu ramai "KEPALA" yang handle satu2 perkara kot. Tapi majlis tetap berjalan lancar dan berjaya. Kini IPGM Ilmu Khas telah mencapai 50 tahun..... IPG ini juga banyak telah melahirkan atlit2 kebangsaan. KARAM SIGH WALIA juga merupakan salah seorang pelatih institut ini. Beliau merupakan pelatih yang mengambil kursus Pendidikan Jasmani pada satu masa dahulu. HMMM...lst but not least, aku banggal la jadi warga IPGMIK!!!!

Thursday, August 13, 2009

ISRAK MIKRAJ



Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Monday, August 3, 2009

SANTAI2,BODOH,RINGAN2KAN OTAKMU..


>Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.”Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit… “MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!

Friday, July 24, 2009

UJIAN TERBESAR-H1N1




AAARRRGGGHHH!!!!!!!
musibah atau bala...ataukah rahmat dimana mungkin terdapat hikmah disebaliknya.
24 JULAI 2009-
IPGM kampus Ilmu Khas digemparkan dengan wabak maut H1N1...
Menakutkan-Mengerikan---
Mengikut data yang dipaparkan seramai 118 student IPGMIK di syaki menghadapi wabak tersebut dalam masa yang sangat teramat singkat...
Jam 16**, Satu lagi notis penutupan institut selama semggu berkuat kuasa serta merta dikeluarkan. Semu pelajar dikehdaki mengosongkan institut dan termasuk penysyarah2, staf2 sokongan dan semua wanrga IPGMIK...
Bagi student Kelantan dan Terengganu, satu bas disediakan unuk pulang ke kamung masing. Student di agihkan mask dan di wajibkan memakai mask bila berada diluar bilik.
Berita penyebaran ini tidak hanya heboh di institut, malahan turut mendapat liputan laus oleh media massa dan media cetak. TV3, telah menyiarkan berita ini dalam Buletin Utama 24 JUlai 2009. Buat masa ini, seramai 8 orang student yang kritikal telah diambil sampel darah dan keputusan akan diketahui dalam masa 24 jam...

Sunday, July 19, 2009

ALAM BAHARU BAGI JUNIORKU

AKAN DATANG DISNI!!!!

PENGHARGAAN








PENGHARGAAN KEPADA:
MAT JEM....


Hmm
ape yg kita buat tidak akan dapat membuatkan semua org berpuas hati. ada pulak yg kata aku ni x kenang jasa. Ada jgk yg sedikit yg terasa hati bila gambar dia kurang dan tak termasuk dalam kalangan mereka walaupun kamera utama utk menangkap gambar lam blog aku ni ialah kamera dia..
hmm, namun aku manusia...memang tak sempurna...(dari sudut baik)
(dari sudut yang berbeza)...
yang x puas hati gambar dia x msk lam blog aku ni lantak lah. spe srh anti sosial. lagi pn lau nk gambar terpampang byk2 bt la blog sendiri...hahaha



Tuesday, July 14, 2009

Atas Bawah

ni Hazzim ngn Acap...Mesra la plk..
ni la kwn2 aku yg baik hati...(hehehe)
paling kiri tu Farish, tengah Amir, kanan Acap..

hmmm
memang lumrah kehidupan.kadang kita diatas,kadang kita dibawah.kadang kita sihat, kadang diduga olehNYA. Sebulan lepas msk sem tiga aku demam. Antara demam yang teruk pernah aku alami. Sampai x leh bangun. Terlentang je lam blik. X makan pape 3 hari. Duk minum air kosong je. ... X de selera sikit pn terhadap makanan. Bagi la ape2 pn makanan memang aku x de nafsu langsung nk jamah. Memang btl2 x de selera. Pandang pn x nk kat mknan. Mlalm kemuncak mase tu aku x igt hari ape tp lam kol 11 somethimng aku muntah teruk lam blik...Sampai Mirol cakap ak mcm mayat idop(ada ka patut!).
Nasib baik member2 asrama ad. ACAP, FARIS, AMIR,MIROL,AKMAL N HAZIM. dye org la yg byk tolong aku. Bagi mkn ubat, mkn secubit rotin bg semangat. Yg lain2 tenqiu kerana dtg melawat WALAUPUN dengan tangan KOSONG... TERIMA KASIH MY FRIENDSSSS!!!! hhmmm
nk citer, lps ak recover dr dmam juniorku msk..jeng3....

Friday, June 26, 2009

Kosong


hmm..
cuti sem 3 mggu da abes smggu lalu...
aku pn skrg da ad start bljar. aku blik KL 19 JUN 2009 jumaat pagi.saje blik awl.x la kelam kabut nk masuk hostel.sampai ptg tu aku trus g umh sewa mat jem n de gang.(mat,ami n rahimi).mlm tu plak aku g tdo umh muiz koz mse dye jemput aku n mat jeng kat putra, muiz x bk bju.so, kite org g la tdo umh dye.lagipn dye beriya2 ajk kite org g umh dye...
21 ari bln aku daftar msk asrama.yg paling x besnye kat asrama ni dah ramai member2.sume dk luar.yang tinggal aku, acap, buyong, mirol, syah n ada la bdk2 bec aku n senior2 lain.start dr hari pertama sampai la skrg aku mmg sunyi....
sunyi yg teramat coz x de member nk lepak.dak2 ni ad...tpi....ntah la..mgkin sbb terbiasa ngn suasana yang riuh kot.lg pn aku ni sorang yang talkative.mase sem 2 blik mat jem jadi port aku lepak ngn dak2 ni.dk bising2 sama2.tapi ngn tiba2 je sunyi gini.mmg x leh nk tahan.aku bkn x nk dk luar.tapi ambik kira banyak faktor.kenderaan,ekonomi n banyak lagi.klau ikt hati aku mmg aku nk dk luar.tapi kuarge aku yg galakkan aku stay dalam.aku redha je la....

Gambar masa sem 2..
slalu lepak sama.
memang x boring lansung
biarpun dk tgk muka yg x handsome je tiap2 hari..























Monday, June 8, 2009

Kursus RELA


9 JUN 2009...
aku kene g kursus rela..
hehehe..
7 hari. saje je g coz rindu ngn kawad(kononnya)..
selain tu dapat gak RM2xx..
hehehe
memang ditunggu2..
saje-saje dapat duit..
kepada Muiz jgn nak jeles kat aku.aku bkn nk nunjuk2 kat dye, tapi tu la kan..
hahaha
mat poi!nanti jgn lupa bwk mknan tuk aku skali...ole2 dari Melaka...

Sunday, May 31, 2009

Cuti Sem oh cuti sem...

berarak nak g sambutan hari guru....
sume dk harap nk dapat cabutan bertuah...
yang kat depan 3 org ni kol 5 pagi lagi dah siap...
ye la..nk bertuah..
bertuah la sangat...........!
Ni la cara kiteorg release tension...
buat muka buruk cam muka mat jem tu pas tu tangkap gambar...
idea ni datang dari MUIZ!
hahaha
hmmm...
26 mei 2009 last paper exam sem ni
29 mei da start cuti...
hhhhuuuuurrrreeeeeyyyyy!!!!!!!!!!!
seronoknye..
tapi msk sem 3 ni mesti x best
geng 59 rmai yg dk luar..
6t aku mesti cam org bodoh lam hstel 2
borinnnnggggggg!
nk gerak mne2 pn da ssh...
yg paling x best ptg2 la..
aku ni bkn suke bersukan..
tp member ak yg stay asrama sume suke main futsal
mmg akan boring d tahan klimaks la..
boring tahap dewa...
slama ni ramai gak yg x g pdg ptg2
lau boring leh lpak ngn dye org..
rahimi ke, ami ke, muiz ke..
kdg2 mat jem pn dk tambah lemak je lam blik dye
jd blh la lepak lam blik dye
6t sem dpn, aku nk lpak ngn spe plk ntah
buyong, syah, mirol sume kuar ptg2
roomate aku pun kuar g padang
hmm
64 nye pas ni aku pn kne trn padang gk la...
main futsal ke ape ke..
aku da lme x  maen bola ni
F4 je main
ps tu da x maen lagi
kaki pn skrg da mcm batang penyapu...
x pn mcm kaki meja..hehehe
hai korunk yang dk luar tu
keciankala kau ni
ptg2 mai la hiburkan hati aku 6t yer
cian aku
nk lpak ngn jak???
huih!
jak mne la nk layan aku..
dye asyik main game dye je..
aku nk join dye maen game???
jauh sekalai...
game dye maen unik sangat..
bru ni aku try main...x smpai lima minit da lenguh tangan aku dk tkan key board....
2 hari x hilang lenguh..
huhuhuhuhuhu
hmmm...
pape pn redha je la
6t klau aku kne dk luar jgk aku harap geng2 59 snggup trima blik kami2 yg dk dlm ni...
huhuhuhuhu

Thursday, May 28, 2009

PUBLISITI!!!


hai..
pandai x saya posing???
time kasih..
saya tahu anda sume puji saya tu..
nama saya muiz..
kawan Iwan
hmmm..
saya suka kawan ngn Iwan...
dye baik dan peramah..
suke menolong org..blog dye ni pn cantik..
pandai Iwan...

Bergabung dan berpecah..

Gimnas2 gedik
Gimnas2 gedek
hmmm...
14 Julai 2008 aku daftar kat sini (INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS(nama baru))...
hari first merupakan hari yang paling x bes..
aku datang bkn dengan kluarga
sampai sini x dak kwn
mcm org bodoh jew.kehulu-kehilir sorg2..
tapi nasib baik minggu orientasi tu aku knl dah ngn classmate
lam kls aku ad 4 L 14P....
hruuummmp!!!
Rimasnye ramai pompuan lam kls..
tp tu kjp je
masa mula2 je
tp bdk2 pompuan kls aku open..
aku jd selesa 
kiteorang makin knl, knl dan knl dan terus rapat...
ad pape problem sattle cara baik
sampai masuk sem 2 pn hubungan maintain..
ni dah akhir sem 2..
esok aku dah blik kg tercinta..
yang x besnye sem dpn ramai member aku yang tggl kat luar sem 3 nnti... classmate aku yg pompuan sume dk luar
yg lelaki 3 org dpt stay hostel...
lagi sorang x dpt...
yang paling x bes group aku la.
GENG 56...
ramai dk luar..
aduhhhh!!!!!!
ni part yang paling x bes....!!!!

Wednesday, May 27, 2009

REVOLUSI!!!



Hmmm...
Ni la geng 59...
ha?ape itu geng 59???
jgn kaget..geng 59 ni dapat nama yang diilhamkan oleh Iwan, seorang anggota geng tersebut...
sebenarnye 59 tu nombor bilik. Bilik kiteorang selalu lepak..
pemilik bilik tu Mat Jeng ngn Jakry.
aslnye 2 3 org je lpak kat situ..
lame2 bertambah2 plk pelepaknye..
samp[ai kadang2 tuan bilik sendiri pn rimas
mne x nye
sampai kol 1 pagi pn dk bising..
kadang2 aku pun kene marah kat Jakry..
tp..rilek ar..
bt bodoh jer..da biasa da..
hmmm..
skrg ni Muiz pn da lepak ngn kiteorg
makin meriah group ni...


Tuesday, May 26, 2009


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita …

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa
 … di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

 

Thursday, May 21, 2009

Tertarik...


Assalamualaikum wbt....
hmmm......
tadi aku baru jew tengok citer ni (SYURGA CINTA). Memang syok citer tu. Tak rugi la RM8 beli tiket wayang......hahahaha...... Lakonan Heliza memang mantap dan digandingkan dengan awal tu, lagi la.. Walaupun ni lakonan sulung Heliza tapi dye tak nampak kayu. Tapi watak Cg. Shuhada memang nampak hidup dan berjaya...Haziq pulak memang pandai bawak watak budak nakal dan poyo... hmm..Overall, citer ni memang bes! 5stars la...
sampai kawan aku , muiz yang berhati batu pun leh menangis...huhuhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...